Thursday, 30 October 2014

Jual Tubuh Untuk Mengembara?

Jual Tubuh Untuk Mengembara

Semua orang memasang impian untuk mengembara ke merata tempat yang cantik dan belum pernah dikunjungi. Namun, kadang-kadang kekangan kewangan menghalang kita untuk meneruskan impian tersebut.
Lain pula dengan cerita seorang gadis dari Shanghai yang ingin menjelajah ke seluruh China. Hanya dikenali sebagai Ju Peng,19, dia telah merancang untuk membiayai segala perbelanjaannya dengan cara tidur dengan lelaki di setiap bandar yang dilaluinya.

Ju Peng telahpun melakukan kaedah ini semasa mengembara di bahagian Timur China. Sekarang dia ingin melakukan cara yang sama ke bahagian lain pula.

Dia telah menyiarkan iklan " mencari teman lelaki sementara" di Weibo ( sebuah laman blog China). Anda jangan pula fikir gadis secantik ini tidak mengenakan sebarang kriteria. Dia telah memberikan gambaran setiap teman lelakinya itu mestilah ada rupa, berumur 30 tahun ke bawah, berketinggian lebih dari 1.75 meter dan yang paling penting kaya!

Sanggup Jual Tubuh Untuk Mengembara

"Mereka akan membiayai segala perbelanjaan saya dan mereka mestilah pemurah", Kata Ju Peng.

" Sebagai balasan, mereka dapat bermalam dengan saya. Saya akan pastikan mereka merasai pengalaman bersama gadis cantik" 

Apabila ada yang mengecam tindakannya, Ju mengatakan ia cuma seperti menumpang kereta, tiada yang perlu dimalukan. Anda setuju dengan cara Ju Peng? - mirror.co.uk



No comments: