Sunday, 12 October 2014

Hebatnya Waktu Pagi

Hebatnya Waktu Pagi

Assalamualaikum dan salam ukhuwah. Keindahan waktu pagi yang segar menyimpan pelbagai rahsia yang perlu kita selidiki. Orang tua-tua seringkali mengatakan bahawa pintu rezeki akan tertutup kepada sesiapa yang lambat bangun pagi.

Satu kajian menjelaskan bahawa pada waktu pagi alam semesta dalam keadaan spektrum biru muda. Keadaan ini sama dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi metabolisme tubuh. Warna tersebut mempunyai kaitan dengan penawar, rezeki dan komunikasi.


 Sekiranya kita acapkali tidak bangun pagi, lama-kelamaan kita akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki kerana tenaga tidak dapat diserap oleh tiroid. Ini mesti berlaku dalam keadaan kita terjaga.

Oleh sebab itulah kita seringkali rasa tubuh kita kurang bermaya dan tidak bersemangat. Secara tidak langsung ia mempengaruhi rezeki. Contohnya, seorang peniaga gerai kuih yang membuka gerainya lewat pasti akan kehilangan ramai pelanggan. Apatah lagi, bila melihat keadaan lesu, keinginan untuk membeli pun hilang.

Di dalam Kitab Zadul Ma'ad karya Imam Ibnu Qayyim menyatakan terdapat empat perkara menghalang rezeki ialah tidur di waktu pagi, solat yang sedikit, malas dan khianat. Jangan terkejut jika saya katakan bahawa antara punca lemah syahwat adalah kerana tidur waktu pagi!

Rasulullah SAW bersabda," Ya Allah, berkatilah umatku di waktu paginya."(HR Tirmizi)
Baginda mendoakan waktu pagi kerana biasanya pagi setiap manusia memulakan aktiviti dan mencari rezeki. Ini turut dijelaskan menerusi firman Allah dalam Surah an-Naba' ayat 11,

" Dan Kami telah menjadikan siang ( dengan cahaya terangnya) masa untuk mencari rezeki?"


Pelbagai ganjaran yang Allah sediakan kepada hambaNya yang memanfaatkan waktu pagi mereka. Mereka akan diberikan pengampunan dan ganjaran pahala di akhirat. Di dunia, mereka dikurniakan nikmat kesihatan, kekuatan dan terhindar dari penyakit.

Firman Allah SWT dalam surah Adz-Dzariyat ayat 17-18,

                                 "Mereka sedikit sekali tidur pada waktu malam. Dan di akhir-akhir malam mereka memohon ampun (kepada Allah)."

Oleh itu, pohonlah keampunan kerana pada waktu itulah pengampun Allah paling dekat dengan kita. 



Tahukah anda?
  • Cahaya waktu pagi sebelum pukul 9 sangat bermanfaat kepada kulit.
  • Kandungan gas ozon dalam udara tertinggi berbanding waktu lain.
  • Cahaya yang memancar pada waktu pagi menghasilkan vitamin D yang diperlukan tubuh.
  • Mentari pagi didapati mampu mengurangkan kolestrol dan gula dalam darah.


Orang yang berjaya tidak akan sia-siakan waktu pagi sebaliknya mereka akan terus berusaha bagi memperolehi kejayaan. Tetapi bagi mereka yang masih terleka, mereka ini termasuk dalam golongan orang yang rugi. Wallahu'alam




AMALAN RASULULLAH DI WAKTU PAGI



  1. Mandi pagi sebelum subuh. Air sejuk yang meresap ke dalam tubuh boleh mengurangkan lemak yang terkumpul.
  2. Mengamalkan minum air sejuk setiap pagi sebelum memberus gigi. Ini dapat mengelakkan penyakit. Orang Jepun turut mengamalkan rutin ini.
  3. Bertafakur atau bersujud sekurang-kurangnya seminit. Ini boleh mengelakkan sakit kepala dan migrain.
  4. Solat Dhuha. Amalkan setiap hari. Baca tentang hebatnya Solat Dhuha
  5. Membaca doa. " Ya Allah, dengan rahmat dan pertolonganMu kami memasuki waktu pagi, dan                            dengan rahmat dan pertolonganMu kami memasuki waktu petang. Dengan                                  rahmat dan pertolonganMu kami hidup dan dengan kehendakMu kami mati.                                Dan kepadaMu kebangkitan (bagi semua makhluk)." (HR Tirmizi)
  6. Berzikir, membaca al-Quran dan memahami kandungannya.









No comments: