Sunday, 19 October 2014

Doa-doa menghadapi peperiksaan

Doa-doa menghadapi peperiksaan
 Assalamualaikum dan salam pertemuan. Musim peperiksaan bermula lagi. Hujung-hujung tahun ni akan berlangsung peperiksaan besar melibatkan pelajar tingkatan 5 dan 6. Upsr dan PT3 dah lepas. Puteri sulung saya pun akan menduduki peperiksaan akhir tahun.


Maka, saya nak berkongsi doa untuk menghadapi peperiksaan. Semoga pelajar dan ibu bapa mendapat manfaat darinya termasuk saya sendiri. Saya berdoa kita semua mendapat keberkatan dari Allah SWT. Amin



DOA DIBERIKAN KEFAHAMAN YANG BAIK DAN INGATAN SEMPURNA SEMASA MENGULANGKAJI


Doa-doa menghadapi peperiksaan


Wahai Tuhan kami, tunaikanlah kami fahaman para Nabi dan hafalan para Rasul serta mendapat ilham para Rasul serta mendapat ilham para malaikat yang hampir denganMu. Juga kurniakanlah kepada kami kesihatan Wahai Tuhan yang Maha Pengasih.



DOA SEBELUM MASUK DEWAN PEPERIKSAAN


Doa-doa menghadapi peperiksaan

Ya Allah persiapkanlah kami mengenai urusan kami dengan
 petunjukMu.


DOA JIKA LUPA SEMASA MENJAWAB SOALAN

Doa-doa menghadapi peperiksaan

Maha Suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lalai. Wahai Tuhanku, ingatkanlah aku apa-apa yang aku lupa.


DOA MOHON KEJAYAAN CEMERLANG

Doa-doa menghadapi peperiksaan

Ya Allah kami mohon kejayaan dalam setiap ketentuan, tempat para syuhada dan kehidupan orang-orang bahagia serta kemenangan mengatasi musuh.


DOA TIDAK MUDAH LUPA DAN KUATKAN INGATAN

Doa-doa menghadapi peperiksaan

"Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam; dan Kami telah beri mereka menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut; dan Kami telah memberikan rezeki kepada mereka dari benda-benda yang baik-baik dan Kami telah lebihkan mereka dengan selebih-lebihnya atas banyak ciptaan makhluk-makhluk yang telah Kami diciptakan." AlIsraa' ayat 70


Seelok-eloknya berdoa selepas solat dan dalam keadaan berwuduk. Semoga cemerlang dalam peperiksaan.






No comments: