Thursday, 2 October 2014

"Bukan satu beban", kata menteri


"Bukan satu beban", kata menteri


"Kenaikan sebanyak 20 sen seliter petrol hanya minima dan bukanlah satu beban", jelas Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek mempertahankan tindakan kabinet menaikkan harga petrol.

       Rakyat patut berfikiran positif dan menunggu intipati Belanjawan 2015 yang akan dibentangkan oleh Perdana Menteri minggu hadapan. Beliau turut menjangka kemungkinan terdapat beberapa insentif atau pelan tertentu yang akan diperkenalkan oleh kerajaan untuk meringankan beban rakyat.

Mantan Perdana Menteri Tun Mahathir dalam ucapannya turut menyokong tindakan kerajaan   menaikkan kadar petrol,
               
                   "Minyak cukup murah di sini (Malaysia). Di negara yang keluar minyak macam di Arab pun lebih tinggi harga dia, macam mana kita boleh jual murah? Itu yang orang curi minyak kita. 
Hari-hari orang curi,"
   
Kadar br1m 2015(klik sini untuk info br1m), bantuan persekolahan, baucar buku, subsidi perumahan dan insentif cukai juga akan dikaji semula berikutan pengurangan subsidi kerajaan. Ini semua mengambilkira keperluan rakyat yang semakin meningkat. Kerajaan akan melupuskan subsidi petrol pada masa akan datang dan ia akan dilakukan secara berperingkat bergantung kepada ekonomi negara. 

"Bukan satu beban", kata menteri

" Kita ingin mengurangkan penyeludupan oleh pihak tertentu. Kerajaan tidak bertindak untuk membebankan rakyat dan sebaliknya kerajaan ingin mengukuhkan kewangan dengan harapan defisit sifar dapat dicapai menjelang 2020." Kata Hasan.

Kadar petrol RON95 sekarang ialah rm2.30 seliter berbanding rm2.10 sebelum ini. Manakala diesel ialah rm 2.20 berbanding sebelum ini rm2.00 seliter.  Kali terakhir kadar petrol dikaji ialah pada 2 September 2013. 

Penganalisis ekonomi menyokong tindakan ini sebagai jalan kerajaan mengurangkan hutang fiskal negara.

(Kredit berita www.themalaysianinsider.com )



                 


No comments: