Thursday, 2 October 2014

BR1M 4.0 2015 **updated**

Assalam dan salam pertemuan,




BR1M 4.0 2015 **updated**
Kalau pasal Bantuan Rakyat 1 Malaysia mesti ramai yang tak sabar nak tahu kan? BR1M 4.0 telah diumumkan petang tadi.

BR1M 4.0 2015 **updated**          Perdana Menteri umum kadar BR1M 4.0 akan bertambah sebanyak rm300. Maknanya untuk yang berpendapatan rm3000 ke bawah akan mendapat bantuan sebanyak rm950. Bagi yang berpendapatan rm3000-4000 mendapat rm750. Individu bujang pula akan menerima bantuan sebanyak rm350.
Bayaran BR1M akan dibuat 3 kali setahun iaitu pada Januari, Mei dan September. Bagi individu bujang akan dibayar secara 'one-off.

Saya berpendapat idea pembayaran 3 kali setahun sangat bijak untuk memastikan objektif sebenar pengagihan BR1M tercapai.

             
Walauapapun bentuk penerimaan masyarakat terhadap strategi kerajaan ini dalam ertikata membantu meringankan beban rakyat, ia masih terpulang kepada rakyat juga untuk menilai keberkesanan  tindakan kerajaan tersebut.

BR1M 4.0 2015 **updated**
              Dalam situasi ekonomi yang tidak menentu, kita perlu lebih bijak mengatur setiap perbelanjaan kita. Tabiat seperti menabung, melabur dalam amanah saham amat penting agar kita mempunyai 'emergency back-up' bila keadaan memerlukan. Jika kita tidak mempunyai rancangan kewangan yang baik, kita pasti akan menghadapi pelbagai jenis kesukaran.

Sejujurnya saya katakan bahawa BR1M bukanlah cara yang paling efektif untuk membantu rakyat. Namun demikian, BR1M boleh dijadikan alat pengukur kepada kategori isi rumah di negara ini. Barangkali pada masa-masa yang akan datang, kerajaan akan,memikirkan kaedah paling berkesan membantu golongan-golongan sasar.
BR1M 4.0 2015 **updated**

Akhirnya terlerai persoalan BR1M 4.0. Diharap pemberian wang tersebut dapat dimanfaatkan sepenuhnya.

No comments: