Saturday, 25 October 2014

Betul ke Bantuan Rakyat 1 Malaysia (br1m) membantu rakyat?

Betul ke Bantuan Rakyat 1 Malaysia (br1m) membantu?

Belanjawan oleh Perdana Menteri pada 10 Oktober lepas menggunakan peruntukan RM273.9 billion. Belanjawan mencakupi pelbagai aspek.


Sejak 2012, bantuan rakyat 1 msia (BR1M) telah diperkenalkan dengan tujuan mengurangkan beban golongan berpendapatan rendah atau pendapatan isi rumah RM3000 ke bawah. Rm500 per isirumah telah diagihkan. Rm1.8billion diperuntukkan.

BR1M 2.0 (2013) diteruskan dengan kadar yang sama tapi kali ini  individu bujang pula mendapat tempias bantuan. RM250 untuk individu bujang. 

Pada 2014, BR1M 3.0, kerajaan mengagihkan bantuan kepada 3 kelompok iaitu individu bujang, isirumah berpendapatan 3 ribu ke bawah dan isirumah berpendapatan 4 ribu ke bawah. Skop pengagihannya lebih meluas. Tambahan setiap BR1M ada perlindungan takaful. Ini menggunakan peruntukan sebanyak 4.6billion iaitu hampir 4 kali ganda peruntukan BR1M 1.0.

Tahun 2015, kadar BR1M dinaikkan dari RM650 ke RM950 untuk isirumah berpendapatan Rm3 ke bawah, Rm 450 ke 750 untuk isirumah berpendapatan 4 ribu ke bawah, manakala individu bujang akan menerima RM300 dibayar secara one-off.

Salah satu sebab Br1m diperkenalkan adalah untuk mengimbangi kenaikan kos akibat pengurangan subsidi minyak. Itulah yang dikhabarkan oleh menteri. Minyak naik BR1M pun naik? Ok ke tu? Ada pro dan kontranya.

Langkah pemberian secara ansuran sebanyak 3 kali pada Mac, Mei dan September mungkin untuk mengelakkan duit habis tanpa pulangan berfaedah. Mana taknya fungsi atau matlamat BR1M dah berubah sebab penggunaan bantuan untuk keperluan yang kurang penting. Contohnya beli telefon bimbit. Masa Br1m diagihkan macam-macam tawaran diperkenalkan untuk menarik pembeli.

Saya melihat dari pengalaman sendiri dan masyarakat sekitar. Pelaksanaan BR1M telah diperbaiki untuk menemui golongan sasar. Jika dulunya terpaksa bersesak untuk ke tempat voucher diagih tapi kerajaan mula menyalurkan melalui bank penerima.

Namun persoalannya, sejauhmanakah pemberian bantuan mampu mengurangkan beban rakyat? 

Berapa peratus matlamat sebenar BR1M dapat dicapai?

Persoalan demi persoalan timbul kerana saya fikir dan mungkin juga lebih 30 juta rakyat Malaysia sependapat dengan saya bahawa BR1M masih kurang efektif.

Barangkali jika diperuntukan setiap bulan adalah lebih efektif untuk membeli barang keperluan.

Kesimpulannya, kita kena bijaklah memanfaatkan bantuan agar kurang sikit beban apalagi dalam suasana ekonomi yang tidak menentu. 







No comments: