Friday, 10 October 2014

Bayar atau berdepan tindakan


Bayar atau berdepan tindakan
Assalamualaikum dan salam persahabatan. Mulakan bayaran atau nama disenaraikan dalam Sistem Maklumat Rujukan Kredit (CCRIS) . Bunyinya agak keras tapi itulah realiti
yang bakal dihadapi oleh lebih 170 ribu peminjam tegar Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) jika tidak melangsaikan hutang pinjaman mereka.

Para peminjam yang degil ini telah diberi masa tiga bulan untuk mula bayar sebelum 2015. Mereka juga boleh menghubungi PTPTN untuk berbincang kaedah pembayaran pinjaman tersebut.  

Menurut sumber dari PTPTN, jumlah hutang pinjaman yang tidak dibayar ialah sebanyak RM 1.2 billion bagi tempoh 1998 hingga 2010. Tindakan menyenaraikan dalam CCRIS merupakan langkah awal sebelum PTPTN mengambil tindakan yang lebih tegas. Mereka yang disenaraikan di dalam CCRIS mungkin akan menghadapi kesulitan dalam urusan permohonan pinjaman perumahan dan kenderaan.



Bayar atau berdepan tindakan

Bulan lepas saya pun cuba menggunakan simpanan kwsp (akaun 2) untuk langsaikan baki hutang PTPTN tapi tidak lulus sebab tarikh surat perjanjian pinjaman saya ialah pada 2000. Jika ingin menggunakan simpanan sendiri dari akaun 2, tarikh perjanjian mestilah dari Januari 2001 ke atas. Bagi perjanjian sebelum tahun 2001, hanya akaun 2 milik ibu bapa sahaja yang boleh dikeluarkan untuk membayar baki pinjaman.

Jika perjanjian asal rosak atau hilang, salinan perjanjian boleh diperolehi di pejabat PTPTN berdekatan. Sediakan RM90 kerana ia bukan percuma. Selepas itu, dapatkan penyata akaun pinjaman terkini dari PTPTN. Setelah mendapat dua benda penting ini, pergi ke pejabat kwsp berdekatan untuk memohon pengeluaran akaun 2 bagi menjelaskan baki pinjaman anda. Sebelum saya terlupa, anda  mesti bawa sekali transkrip dan skrol diploma atau ijazah berserta salinan. Kemudian serahkan kepada pegawai kwsp.

Nasihat saya, bagi yang masih belum bayar langsung, pergilah ke pejabat PTPTN terdekat untuk minta khidmat nasihat. Saya rasa PTPTN merupakan sebuah badan yang fleksibel dan mudah diajak berunding. Sekian...

No comments: