Wednesday, 29 October 2014

Awasi juruwang anda!!!

Awasi juruwang anda!
Gambar hiasan

Entri sebelum ini saya telah bercerita tentang pembantu jualan. Kali ini saya nak cerita tentang juruwang dan peranannya. 
Juruwang secara takrifannya bermaksud individu yang terlibat secara langsung dengan urusniaga melibatkan wang. Saya akan menerangkan kepada anda tentang kelayakan, peranan dan risiko pekerjaan ini.


KELAYAKAN

Secara umumnya, tiada kelayakan khusus untuk profesion ini. Anda perlu mahir matematik dan komputer. Kebanyakan premis telah menggunakan sistem berkomputer dan ini akan diajar untuk pekerja baru. 

Ciri-ciri penting seorang juruwang ialah jujur, amanah dam berdisiplin. Majikan perlu memastikan semua ini ada pada anda kerana ia melibatkan duit. 

Beberapa tahun lepas, saya berdepan dengan beberapa kes kehilangan wang dalam jumlah yang besar. Mulanya tiada siapa mengesyaki hinggalah ke suatu saat perkara ini menjadi satu tabiat. Tidak pernah menyangka orang yang saya sangka baik bertindak sebaliknya.

Ada satu lagi kes, juruwang bertindak membungkus barang secara 'PERCUMA' kepada keluarga mereka. Mereka berpura-pura melakukan transaksi tapi sebenarnya tiada sebarang resit keluar.


PERANAN

Sebagai seorang juruwang, peranan cukup besar. Pelanggan masuk dan keluar akan melalui anda. Pastikan sentiasa senyum dan biasakan dengan mengucap ucapan selamat datang, terima kasih dan sila datang lagi. Anda perlu bersabar dengan sikap pelanggan. Itu lumrah jika kita bekerja di kaunter hadapan. Kata-kata kasar atau marah-marah itu perlu ditangani dengan bijak.

Jawablah pertanyaan pelanggan dengan baik dan mesra. Anda juga perlu ingat duit yang masuk itulah mata pencarian anda. Sentiasa memandang muka pelanggan dan elakkan bercakap sambil memandang ke tempat lain.


RISIKO

Sekali lagi saya ingatkan bahawa pekerjaan ini bersangkut-paut dengan duit maka tidak dinafikan agak berisiko. Salah satu perkara yang biasa berlaku ialah wang kurang atau lebih di dalam  laci kaunter. Keadaan ini mungkin berlaku akibat kecuaian memberi baki wang kepada pelanggan. Anda perlu sentiasa berhati-hati dengan setiap urusniaga yang anda lakukan. 

Ingat! Pasti ada pelanggan yang cuba menipu kad kredit atau wang palsu. Ini perkara biasa berlaku dan tanggungjawab anda untuk memastikan perkara ini tidak berlaku kepada anda.


Saya harap anda semua akan mendapat sesuatu yang bermanfaat dari entri kali ini. Setiap pekerjaan hendaklah dilakukan dengan jujur dan amanah apatahlagi berkaitan wang. Jumpa lagi.




Lazada Malaysia
Artikel berkaitan
Jadilah seorang pembantu jualan yang terbaik!!

No comments: