Friday, 31 October 2014

Anjing Makan Tuan

Anjing Makan Tuan


Kita selalu mendengar cerita pemilik anjing tentang anjing mereka yang baik, setia dan dapat dipercayai. Lain pula kisahnya dengan Edwin Melvin Henderson (gambar) dari Alabama.

Polis Prattville datang dengan waran geledah rumah Edwin untuk kes memproses dadah. Lelaki tersebut pantas melarikan diri dan bersembunyi di dalam semak. Salah seorang pegawai polis mendapat idea dengan menyuruh anjing Edwin, Bo, pergi mendapatkan tuannya.

Anjing itu dengan cepat menghidu dan pergi ke tempat Edwin bersembunyi lalu berhenti sambil menggoyangkan ekornya. Sebenarnya anjing ini memang jenis yang mendengar arahan tapi tak tahu arahan itu sebenarnya bertujuan untuk menangkap tuannya.

Edwin telah didakwa atas kes dadah. Anjing makan tuannya sendiri -metro.co.uk

No comments: