Tuesday, 21 October 2014

Amaran awal


Hari ni berlaku lagi satu kejadian ribut. Ikuti laporan dari satu laman blog



Ribut bersertakan angin kuat yang disifatkan sebagai ‘Puting Beliung’ kecil dilaporkan melanda Pandamaran, Klang Selangor pada petang Selasa 21.10.2014
Dalam satu laporan yang disiarkan media pada Selasa, melaporkan kira-kira 30 buah rumah di Pandamaran mengalami kerosakan selepas dilanda ribut dan angin kencang

BERITA TERKINI PUTING BELIUNG DI PANDAMARAN SELANGOR 2014


Kejadian yang berlaku itu juga membabitkan dua blok pangsapuri Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di Pandamaran Jaya

Ribut dan angin kencang yang berlarutan selama 30 minit itu turut menjejaskan beberapa kawasan terutama di Jalan Banting dan Jalan Besar Pandamaran yang mengakibatkan pokok tumbang dan rumah rosak
Amaran Ribut Petir dan Hujan Lebat

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia telah mengeluarkan kenyataan amaran ribut petir dan hujan lebat pada petang Selasa

Menurut kenyataan itu, ribut petir dan hujan lebat di beberapa negeri iaitu Selangor (Daerah Gombak, Petaling, Klang, Kuala Langat dan Sepang), WP Kuala Lumpur,WP Putrajaya, Johor (Daerah Segamat, Ledang, Muar, Batu Pahat, Kluang dan Kulaijaya)

Keadaan tersebut berkemungkinan menyebabkan angin kencang



Pautan sumber : mysumber.com

No comments: