Wednesday, 1 October 2014

Aliff Aziz Terlibat Kes Curi Telefon?



Aliff Aziz


Penyanyi popular dari Singapura Aliff Azizi menyangkal dakwaan yang mengatakan dia mencuri dua buah telefon bimbit, namun mengakui dia ditahan oleh pihak polis Singapura bagi membantu siasatan berhubung kes itu.

"Saya mengaku ditahan oleh pihak berkuasa ekoran kes kecurian telefon bimbit seperti mana didakwa tetapi saya tidak melakukan kesalahan itu.



"Saya berada pada waktu dan tempat yang salah ketika kejadian itu dan saya telah memberikan kerjasama kepada polis untuk menjalankan siasatan sepanjang kes itu," katanya yang dipetik darimStar.

Tambah penyanyi berusia 23 tahun itu lagi, berikutan kes tersebut, pasportnya telah dirampas pihak berkuasa sejak tiga bulan lalu namun ia akan dikembalikan dalam masa seminggu lagi.

"Akibat kes tersebut saya terpaksa dipanggil ke balai polis untuk membantu siasatan dan memberi keterangan di mahkamah, namun Alhamdulillah semuanya selesai dengan baik.

"Orang yang bertanggungjawab dalam kes berkenaan telah pun menerima akibatnya dan pasport saya bakal dipulangkan dalam masa seminggu lagi."

Dalam pada itu, Aliff berkata kejadian itu telah memberi pengajaran kepadanya supaya lebih berhati-hati pada masa hadapan.


(Kredit berita : http://www.tupai.com.my/ )

No comments: