Monday, 27 October 2014

5 tips menghadapi ancaman ribut

gambar hiasan

Kebelakangan ini negara kita dikejutkan dengan beberapa kejadian ribut petir termasuk fenomena ribut puting beliung kecil (Pandamaran) dan belalai air (Bintulu). Kejadian ini dikatakan ada kaitan dengan peralihan musim Monsun Timur Laut ke Monsun Barat Daya yang berlaku sekarang.

Keadaan yang tidak menentu ini dijangka akan berterusan hingga hujung bulan ini. Di sini saya nak kongsikan 10 tips persediaan yang boleh anda lakukan apabila berhadapan dengan ribut atau angin kencang.

  1. Sediakan keperluan asas seperti makanan, minuman dan perubatan. Alat-alat kecemasan seperti lampu suluh, wang yang mencukupi (kemungkinan mesin ATM tidak berfungsi), nombor-nombor penting untuk dihubungi, dan dokumen-dokumen penting (kad pengenalan, sijil lahir dan sebagainya).
  2. Lakukan latihan untuk menghadapi kecemasan iaitu apa yang perlu dilakukan dan tidak panik apabila berdepan bencana. Lakukan bersama anggota keluarga. Antara perkara yang perlu dititikberat ialah tempat yang dituju dan laluan ke tempat selamat.
  3. Pantau pokok-pokok di sekeliling rumah. Ini untuk mengelakkan kejadian pokok tumbang menimpa kediaman dan ini boleh menyebabkan kematian.
  4. Jauhi tingkap atau pintu untuk mengelakkan serpihan atau benda-benda yang diterbangkan angin.
  5. gambar hiasan
  6. Sentiasa mengikuti perkembangan berita atau pengumuman di radio atau televisyen. Anda boleh bertindak cepat jika menerima amaran awal.

Saya rasa beberapa tips ini boleh dipraktikkan dan jangan sesekali berada di kawasan lapang semasa ribut petir. Awasi anak-anak anda dan pastikan keselamatan sentiasa menjadi keutamaan.





                       

No comments: