Thursday, 30 October 2014

10 Superhero Terbaik Sepanjang Zaman

10 Superhero Terbaik Sepanjang Zaman

Kita memang dah biasa dengan superhero seperti Superman, Batman dan Spiderman. Tapi mereka ini bukanlah yang terbaik atau terkuat. Sekarang saya nak kongsikan 10 superhero terbaik sepanjang zaman.
Elok kita mulakan dari nombor 10 terlebih dahulu.

10. HULK

10 Superhero Terbaik Sepanjang Zaman

Tidak dapat dinafikan Hulk merupakan yang terkuat dari kalangan superhero. Dr Bruce Banner merupakan seorang saintis yang hebat dan apabila marah dia akan bertukar menjadi makhluk raksasa. Di sebalik kekuatan adalah kelemahannya. Anda mungkin apabila dia bertukar menjadi Hulk tapi dia amat terdedah kepada bahaya dibunuh semasa bertukar menjadi keadaan asal.


9. FLASH

10 Superhero Terbaik Sepanjang Zaman


Orang selalu fikir bahawa kekuatan hero ini hanyalah pada kelajuannya berlari. Tapi anda mungkin tidak tahu bahawa Flash juga mempunyai keupayaan berfikir dan bertindak pantas. Beliau juga mampu membaca dan menyerap ilmu dengan kadar yang teramat cepat.


8. SUPERMAN

10 Superhero Terbaik Sepanjang Zaman


Mungkin anda tidak menyangka hero kesukaan ramai ini berada di tangga ke 8 tapi itulah kenyataannya. Superhero ini tidak dinafikan antara yang terbaik kerana pelbagai kuasa yang dimilikinya tapi masalahnya dia akan menjadi lemah disebabkan oleh batu Kryptonite. Kesiankan?


7. JEAN GREY

10 Superhero Terbaik Sepanjang Zaman


Dia merupakan superhero wanita terhebat sepanjang masa. Dia mempunyai kuasa telepati dan telekinetik. Senang-senang saja boleh alih barang hanya dengan berfikir.


6. DOCTOR STRANGE

10 Superhero Terbaik Sepanjang Zaman

Dia merupakan ahli sihir terkuat dan terhebat di seluruh dunia komik. Kelebihan padanya ialah kuasa magiknya dan mempunyai ilmu seni mempertahankan diri. Bagi saya, magik saja dah cukup tak payahla martial art.


5. NOVA

10 Superhero Terbaik Sepanjang Zaman

Richard Rider atau Nova ni merupakan seorang ketua polis antara galaksi. Hebatkan? Kuasa beliau ialah terbang dan menyerap tenaga lain sebagai sumber kekuatannya.


4. THOR

10 Superhero Terbaik Sepanjang Zaman

Thor ni kuasanya mestilah tukul yang Hulk pun tak mampu nak angkat. Tukul tu juga boleh bawa dia terbang. Antara superhero terkuat dan dianggap dewa dalam komik. Susah nak lawan..dewalah katakan.

3. MARTIAN MANHUNTER

10 Superhero Terbaik Sepanjang Zaman

Superhero ini merupakan makhluk asing dari planet Marikh. Mempunyai pelbagai kuasa seperti terbang, bertukar bentuk fizikal, dan lebih kurang macam Superman.

2. DR. MANHATTAN

10 Superhero Terbaik Sepanjang Zaman

Ini tak kurang hebat. Dia mempunyai kuasa untuk bertukar tempat ke mana saja. Ada kuasa telekinetik juga.

1. THE SILVER SURFER

10 Superhero Terbaik Sepanjang Zaman

Inilah yang paling hebat. Ingat cerita the Fantastic 4? Bayangkan kuasa yang ada pada makhluk ini.


Maka, itulah 10 yang terbaik dan terkuat. Mungkin anda ada pilihan anda sendiri.








No comments: