Wednesday, 10 September 2014

Wow! 11 September @ 9/11

Assalamualaikum dan salam sejahtera,



             Esok genaplah 13 tahun selepas peristiwa bangunan World Trade Center musnah digembar-gemburkan akibat serangan pengganas alQaeda. Empat siri serangan yang mensasarkan New York dan Washington D.C telah mengejutkan seluruh dunia memandangkan Amerika Syarikat mempunyai sistem pertahanan kononnya tercanggih di dunia!!

Wow! 11 September @ 9/11
Gambar ihsan dari Internet

              Jika difikirkan banyak persoalan yang bermain-main di kepala seperti :

  1. AS telah menerima amaran serangan tetapi tidak mengendahkannya
  2. Pesawat didakwa dirampas oleh 19 orang yang bersenjatakan pisau?
  3. Nama-nama perampas telah hilang dari manifest penerbangan
  4. Perkhidmatan anjing pengesan bom ditamatkan 5 hari sebelum kejadian
  5. Letupan bukan akibat pesawat tetapi ledakan bom yang dipasang pada bangunan akibatnya bangunan runtuh terlalu cepat.
  6. Pesawat dikawal menggunakan remote control
  7. Lebih kurang 4000 pekerja Yahudi tidak bekerja pada hari serangan

Wow! 11 September @ 9/11

Kurang masuk akal jika difikirkan tentang kawalan masuk di lapangan terbang tercanggih di dunia boleh melepaskan logam seperti pisau. 

      Bermulalah kempen ' War Against Terrorism' yang sememangnya tindakan tidak waras kuasa besar dunia itu. Namun dilihat dari sudut yang lain, seakan-akan sudah terbuka peluang untuk AS campurtangan di negara-negara Islam yang masih kaya sumber bumi. Itu yang berlaku sekarang di bumi Arab.


           Terpulang kepada kita untuk membuat kesimpulan tentang misteri 11 September dan kesannya ke atas masyarakat sejagat. Kita perlu sentiasa bersedia dengan setiap ancaman dari anasir-anasir yang mampu menggugat keamanan dan kestabilan negara kita




No comments: