Saturday, 27 September 2014

Tamak menguasai segala-galanya

      Assalam dan salam pertemuan,


   




                 Soal ini lebih kurang sama macam kes UPSR hari tu, kes pecah amanah. Manusia memang dilahirkan dengan sifat tamak. Tamak ilmu, tamak makan, tamak pangkat dan macam lagi. Paling penting ialah macam mana kita memanfaatkan sikap itu dari sudut positif.



Seorang Penolong Penguasa Kanan Jabatan Kastam Diraja Malaysia mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini terhadap tujuh pertuduhan menerima suapan RM688,100 antara April 2011 hingga Ogos lepas.
Tertuduh merupakan pegawai Kastam ke-12 dibawa ke mahkamah oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sejak Jumaat lalu.


          Harun Baba, 57, didakwa menerima suapan wang tunai RM50,000, RM68,800, RM46,100, RM109,800, RM97,000, RM162,700 dan RM153,700 di dua lokasi berbeza.
Lokasi pertama ialah Jabatan Kastam Diraja Malaysia cawangan Zon Bebas, Pelabuhan Barat Zon Bebas Pelabuhan Klang, A36, Jalan FZ2-P3, KS 12, Pulau Indah, Klang dan tempat letak kereta Hotel Armada Petaling Jaya antara April 2011 hingga Ogos lepas.
     

                     Wang suapan itu sebagai upah untuk tertuduh mengesahkan di dalam Sistem Maklumat Kastam bahawa pemeriksaan terhadap kenderaan yang membawa minuman keras dibuat bagi mendapatkan pengesahan dan pelepasan pihak Ibu Pejabat Jabatan Kastam Diraja Malaysia Selangor ke atas borang K8 sedangkan pemeriksaan itu tidak dilakukan.
  

               Borang K8 ialah borang yang diisi oleh pihak Kastam selepas pemeriksaan sesuatu barangan bagi tujuan pelepasan cukai.
Kesemua pertuduhan ke atas Harun dibuat mengikut Seksyen 16 (a) (A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.
Jika sabit kesalahan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 (1) akta sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana lebih tinggi.


               Timbalan Pendakwa Raya SPRM Ahmad Saifuddin Hashim Musaimi yang mengendalikan pendakwaan mencadangkan agar tertuduh dibebaskan dengan ikat jamin RM210,000 serta seorang penjamin bagi kesemua pertuduhan.

                 Tertuduh yang tidak diwakili peguam bagaimanapun berkata, dia hanya mampu membayar RM50,000.

           Hakim Datuk Noradidah Ahmad kemudian membenarkan Harun dibebaskan dengan jaminan RM100,000 serta seorang penjamin dan menetapkan 30 Oktober ini untuk sebutan semula kes.

             Beliau turut memerintahkan tertuduh menyerahkan pasportnya kepada mahkamah sehingga kes selesai.

            Sehingga kini, seramai 12 pegawai Kastam dituduh atas kesalahan menerima rasuah susulan operasi khas besar-besaran baru-baru ini.


               Daripada 12 yang didakwa setakat ini, dua merupakan pegawai kanan bergelar Datuk.
Kesemua tertuduh menghadapi antara satu hingga 53 pertuduhan membabitkan kesalahan menerima wang suapan antara RM300 hingga RM688,100.


Kesalahan-kesalahan ini melibatkan Seksyen 16a (A) dan 17a Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009 dan Seksyen 165 Kanun Keseksaan.

SPRM melancarkan operasi besar-besaran sejak 3 September lalu.
Seramai 30 pegawai Kastam pelbagai peringkat ditahan setakat ini. Daripada jumlah itu, 12 pegawai didakwa

No comments: