Wednesday, 24 September 2014

Program Penempatan Pekerjaan Azam Kerja 2014 Bahagian Bintulu

Assalam dan salam pertemuan,




Program penempatan pekerjaan 2014


                                         Kadar pengangguran di Malaysia bersandarkan kepada data oleh Jabatan Perangkaan Malaysia setakat bulan Jun ialah 2.8 peratus berbanding 2.9 peratus pada April. Peratus yang tidaklah membimbangkan kerana angkanya taklah besar manapun.
Program Penempatan Pekerjaan Azam Kerja 2014 Bahagian BintuluProgram Penempatan Pekerjaan Azam Kerja 2014 Bahagian Bintulu

             
                                          Kita tinggalkan isu itu, sekarang saya nak kongsi tentang Program Penempatan Pekerjaan Azam
Kerja 2014 anjuran Jabatan Tenaga Buruh Bahagian Bintulu. Program ini akan diadakan pada hari Selasa 30 September 2014 bermula jam 8 pagi hingga 5 petang di Dewan Suarah Bintulu.

Program Penempatan Pekerjaan Azam Kerja 2014 Bahagian Bintulu             Aktiviti seperti temuduga terbuka, khidmat nasihat dan pendaftaran Jobs Malaysia akan dijalankan. Program ini akan melibatkan kira-kira 40 majikan dari pelbagai sektor kerjaya. Pelbagai jawatan dari kategori pengurusan, perkeranian, mahir dan separuh mahir ditawarkan kepada pencari pekerjaan.

Bagi mereka yang ingin memohon jawatan yang ditawarkan, jangan lupa untuk membawa bersama resume dan sijil-sijil yang berkaitan. Pakaian yang kemas juga patut diambil perhatian kerana kadang-kadang ia mempengaruhi penemuduga.



            Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Unit Perkhidmatan Pekerjaan, Pejabat Tenaga Buruh Bintulu di talian 086-331188. Jangan lepaskan peluang ini....


Program Penempatan Pekerjaan Azam Kerja 2014 Bahagian Bintulu



           






     

No comments: