Sunday, 14 September 2014

Misteri Mh370-PDRM nafi tahu

Assalam,


           
Misteri Mh370-PDRM nafi tahu
Mh370 hilang bersama 239 penumpang dan anak kapalnya sejak Mac lalu. Lokasi terakhir ialah lautan Hindi. Sebuah media Indonesia memetik dakwaan Ketua Polis Republik Indonesia mengatakan beliau mengetahui sebab Mh370 hilang dan pihak di Malaysia turut maklum dengan hal ini.

  
     Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan laporan media Indonesia bahawa pihaknya mempunyai pengetahuan mengenai punca sebenar kehilangan pesawat MH370, yang menjadi misteri kepada dunia sejak ia hilang 8 Mac lalu.
   
     Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, kepada Bernama beliau tidak mempunyai maklumat tersebut dan terkejut dengan laporan media itu. 

  
"Saya nak tahu akhbar apa dan bila berita itu disiarkan. Saya akan tanya rakan saya Kapolri (Ketua Polis Republik Indonesia) sama ada beliau ada berkata begitu.
   
"Saya tidak dimaklumkan tentang perkara ini," katanya hari ini.
   
 .  Laporan berita Indonesia, Tempo.co, semalam memetik ketua polis republik tersebut, Jeneral Sutarman sebagai mendakwa kononnya pihaknya dan Polis Malaysia mengetahui punca pesawat itu hilang tetapi enggan mengulas lanjut mengenainya.
   
 .      Penerbangan MH370 hilang daripada radar pada 8 Mac ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing dengan 227 penumpang dan 12 anak kapal.
   
 .       Pesawat Boeing 777 itu masih belum ditemui walaupun pencarian besar-besaran telah dilakukan di selatan Lautan Hindi, tempat pesawat itu dipercayai berakhir. 
Petikan dari Bernama

        Kita perlu menilai setiap berita yang datang dan jangan sewenang-wenangnya mengeluarkan kenyataan yang boleh mempengaruhi pihak yang terlibat.


No comments: