Wednesday, 10 September 2014

MH17 - seorang demi seorang kami pulang

Assalamualaikum dan salam sejahtera,


             " Akhirnya kami pulang.." Mungkin itulah gambaran setiap jenazah korban MH17 yang selamat tiba di tanah air. Hari ini dua lagi jenazah yang tiba iaitu Allahyarham Tambi bin Jiee dan mendiang Benjamin Lee Jian Han( 1 tahun) anak kepada mendiang Ng Shi Ing yang turut terkorban di dalam nahas tersebut.

               Jenazah Allahyarham Tambi akan diterbangkan ke Kuching dan dikebumikan berdekatan pusara isterinya Ariza Ghazalee dan anaknya Muhammad Afif  Tambi di tanah perkuburan Samariang, Kuching. Manakala, jenazah mendiang Benjamin akan dibawa ke Pusat Penjagaan Xiao En Bereavement di Cheras untuk disatukan dengan jenazah ibu dan ibu saudaranya.
             
             Maka, 35 jenazah telah tiba setakat ini dengan berbaki 9 lagi yang masih melalui proses pengecaman.

           
MH17 - seorang demi seorang kami pulang
Gambar ihsan The Star


            Kita doakan agar segala-galanya berjalan dengan lancar. Alfatihah

No comments: