Wednesday, 10 September 2014

Mengharapkan balasan

Assalamualaikum dan salam sejahtera,



"Bukankah tidak ada balasan bagi amal yang baik 
melainkan balasan yang baik juga? " 
Ar Rahman ayat 60



                      Lumrah bagi manusia apabila mengerjakan satu pekerjaan kemudian menuntut pembalasan di atas perbuatan tersebut. Namun, setiap perbuatan seeloknya dimulakan dengan niat kerana Allah ta'ala. Sesungguhnya balasan dari Allah itu adalah yang terbaik.


             


Diriwayatkan daripada Ibn Umar RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:
    
                          "Barangsiapa melepaskan suatu kesusahan daripada seseorang muslim maka Allah melepaskannya dengannya daripada kesukaran hari kiamat, dan barangsiapa menutup (aib) seorang muslim maka Allah akan menutup (aibnya) pada hari kiamat." (Riwayat al-Bukhari)   


                Begitulah hakikat yang perlu kita yakini bahawa setiap perbuatan akan mendapat pembalasan dari Allah. Justeru, sekira pemimpin ingin mengharap balasan yang baik perlu adil dengan rakyatnya. Anak-anak wajib berbakti kepada kedua ibu bapanya agar zuriat mereka berbuat perilaku yang sama. Kawan juga perlu betul cara pergaulannya agar tidak dikhianati oleh sahabatnya.

              Kesimpulannya, berbuat baiklah kepada semua orang dan jangan sesekali berbuat kejahatan kerana sesungguhnya balasan Allah amat pedih. Sesungguhnya balasan setiap perbuatan baik itu hak Allah bukan hak kita. Wallahua'lam

No comments: