Sunday, 28 September 2014

Lelaki Pemalu : Tips berdepan dengan mereka

Assalam dan salam pertemuan,



                   

         Kaum lelaki bukan semuanya berani dan kadang-kadang terlalu pemalu. Kali ini saya nak kongsi tips sekiranya berdepan dengan lelaki jenis ini.



1. Wanita perlu memulakan perkenalan

Tidak salah jika memulakan dahulu daripada membiarkan lelaki tersebut terus tidak tahu anda meminati dan menyukainya. Sebelum dikebas orang, elok cepat-cepat luahkan perasaan anda. Mungkin selepas anda memulakan langkah, lelaki itu akan memberikan respon walaupun mengambil masa...JANGAN TERLALU MEMIKIRKAN TENTANG PERIGI MENCARI TIMBA




2. Gunakan cara non-verbal

Kalau zaman dahulu, kalau malu berdepan kebiasaannya surat akan digunakan untuk meluahkan perasaan. Berbeza dengan zaman sekarang, banyak medium non-verbal yang boleh digunakan untuk berhubung seperti Facebook, Instagram, Youtube. Anda tidak perlu berdepan untuk meluahkan rasa hati anda. Bila melihat anda melakukan ini, pasti lelaki itu akan kagum. Mungkin dia akan lebih faham bahawa anda betul-betul menyukainya.  



3.  Malu bersifat sementara

Perasaan malu pada lelaki biasanya hanya sementara. Bila hubungan sudah terjalin, pasti perasaan malu akan berkurang apabila mula selesa dengan anda. Mereka ini jarang bergaul dengan kaum wanita, gugup dan tidak berkeyakinan. Namun, ini akan berubah jika anda berani menyapa dan berbual dengan mereka.



4. Bercakap hal-hal umum

Carilah idea untuk bercakap tentang isu semasa, filem terkini, lagu dan sebagainya. Kalau boleh selidiki hobi mereka. Kebiasaannya lelaki pemalu lebih suka menyendiri. Ajak mereka bercerita tentang hal yang mereka minati. Bila sudah rancak berbicara, anda boleh ke topik seterusnya-cinta!




5. Buat biasa-biasa dan santai

Ajak mereka dalam situasi santai. Jangan cuba menguasai mereka dengan memandang terus ke wajah atau memandang rendah terhadap mereka. Sebaliknya bawa dia bercerita tanpa terlalu kerap memandang matanya. Kekalkan jarak sederhana anda dengan dia, tidak terlalu jauh atau terlalu dekat. 





Itu saja tips yang saya dapat kongsikan dengan anda...InsyaAllah



" There is no such thing as overnight success. It takes hard work, tenacity and patience"

 

 





No comments: