Sunday, 21 September 2014

Kallang Tie Semarakkan Malam Malaysia

Assalam dan salam pertemuan,


Joseph Kalang Tie

                        Kekalahan dalam dua perlawanan persahabatan terdahulu pantas menarik pelbagai kritikan terhadap pasukan bimbingan jurulatih Dollah Salleh. Kekalahan 4-1 kepada Tajikistan dan 2-0 melawan Indonesia serba sedikit menggusarkan peminat sukan negara. Namun, malam tadi
pasukan negara mula mendapat rentak apabila menundukkan Kemboja 4-1 di Stadium Shah Alam.

                     
Piala AFF Suzuki
                  Keputusan ini seharusnya menceriakan Dollah yang baru memimpin kem negara dalam tiga siri perlawanan persahabatan. Kini, misi Dollah ialah terus menilai pasukan sebelum menamakan 22 senarai akhir pemain yang akan menggalas cabaran Malaysia di kejohanan Piala AFF Suzuki pada November nanti.
Kejohanan yang berlangsung pada 22 November hingga 20 Disember itu akan dianjur bersama oleh juara bertahan Singapura dan Vietnam.

                 Pada perlawanan malam tadi, Joseph Kallang yang menjaringkan gol pembukaan seawal minit
 ke 8  sebelum gol sendiri dijaringkan oleh  pertahanan Kemboja Moul Doravron 8 minit kemudian.

               Pada minit ke 65 Joseph sekali lagi meneruskan kempen jaringan dengan menyudahkan bola hantaran Bobby Gonzales sebelum Kemboja mendapat gol saguhati pada minit ke 80. Malam gemilang negara dilengkapkan oleh pemain gantian Baddrol Bakhtiar yang menjaringkan gol keempat.

              Dollah memuji  komitmen dan disiplin yang ditunjukkan oleh Kallang Tie dan menganggap pemain itu bermain ' hebat' malam tadi. Menurut Dollah, Joseph bijak memanfaatkan peluang dan amat fokus di padang.

" Dia amat berbeza sekali semasa latihan dan perlawanan sebenar, itu memeranjatkan saya" 


Piala AFF Suzuki
             Pada kejohanan Piala AFF Suzuki, pasukan negara diletakkan dalam kumpulan B bersama Singapura, Thailand dan satu lagi slot akan diisi oleh pasukan yang memenangi pusingan kelayakan. Kejohanan kali ini semestinya sukar apabila terpaksa berdepan dengan juara edisi lalu, Singapura.

           Bagi peminat yang ingin mengikuti perkembangan kejohanan, bolehlah klik di sini 

P/s : semoga ini akan meniup semangat Harimau Muda A yang akan menentang Arab Saudi petang nanti.             

No comments: