Sunday, 7 September 2014

Kunci pintu rezeki - Solat Dhuha

                   Segala puji bagi Allah Tuhan yang menguasai sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w.

 "Orang yang rajin solat dhuha, selain dimudahkan rezekinya, hidupnya juga sangat mulia. Ia sangat disegani orang, kerana tak pernah minta-minta kecuali kepada Allah SWT."
                                                                                                                 KH. Didin Hafidhuddin





Kunci pintu rezeki - Solat Dhuha
Solat sunat Dhuha merupakan sunat muakkad iaitu yang dituntut. 2 rakaat solat Dhuha bersamaan 360 sedekah.
Hadith berikut menerangkan :


يُصْبِحُ عَلَى كُلِّ سُلاَمَى مِنْ أَحَدِكُمْ صَدَقَةٌ فَكُلُّ تَسْبِيحَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَحْمِيدَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَهْلِيلَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَكْبِيرَةٍ صَدَقَةٌ وَأَمْرٌ بِالْمَعْرُوفِ صَدَقَةٌ وَنَهْىٌ عَنِ الْمُنْكَرِ صَدَقَةٌ وَيُجْزِئُ مِنْ ذَلِكَ رَكْعَتَانِ يَرْكَعُهُمَا مِنَ الضُّحَى

“Setiap pagi, setiap ruas anggota badan kalian wajib dikeluarkan sedekahnya. Setiap tasbih adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, takbir adalah sedekah, menyuruh kepada kebaikan adalah sedekah, dan melarang berbuat munkar adalah sedekah. Semua itu dapat diganti dengan shalat dhuha dua rakaat.” (HR. Muslim)
Kunci pintu rezeki - Solat Dhuha

                     Bagi mereka yang mengerjakan solat Dhuha Allah Subhanahu wa Ta’ala sentiasa mencukupkan segala keperluan seseorang sepanjang siang hari. Daripada Nu’aim bin Hammar, dia berkata: Saya pernah mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda Allah Azza Wa Jalla berfirman:

يَا ابْنَ آدَمَ لاَ تُعْجِزْنِي مِنْ أَرْبَعِ رَكَعَاتٍ فِي أَوَّلِ نَهَارِكَ أَكْفِكَ آخِرَهُ.

 Maksudnya:

“Wahai anak Adam, janganlah engkau sampai tertinggal untuk mengerjakan solat empat rakaat pada permulaan siang (waktu Dhuha), nescaya Aku akan cukupkan keperluanmu sampai petang.”

Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkan solat ini tanpa keuzuran dan umat Islam amat dituntut melakukannya. Abu Hurairah pernah berkata: “Rasulullah SAW berwasiat kepadaku tiga perkara agar jangan ditinggalkan puasa tiga hari tiap bulan, dua raka’at Dhuha dan Witir sebelum tidur.”



Cara Mengerjakan Solat Dhuha

Solat ini boleh dilakukan sekurang-kurangnya dua rakaat sehinggalah 12 rakaat, tetapi yang paling banyak dikerjakan oleh Rasulullah ialah lapan rakaat.
.
1.  Niatnya:
Kunci pintu rezeki - Solat Dhuha
.
.
2.  Antara surah-surah yang dianjurkan ulama ialah:
.
a.  Solat sunat Dhuha dua rakaat:
i/  Ayat al-Kursi 10 kali dan Al-Ikhlas 10 kali atau;
ii/  As-Syams dan Ad-Dhuha. atau;
iii/  Al-lail dan Al-Insyirah.
.
b.  Solat Dhuha lebih daripada 4 rakaat;
i/  Solat Pertama :   As-Syams dan Ad-Dhuha.
ii/  Solat Seterusnya :   Surah al-Kafirun dan Al-Ikhlas
.
.
3.   Semasa sujud terakhir bacalah sebanyak 40 kali:
Kunci pintu rezeki - Solat Dhuha
                                                                                             Kredit kepada shafiqolbu.wordpress.com
.
.
4.   Selepas memberi salam, bertasbihlah 10 kali:



  

zikir solat dhuha
                                                                                        Kredit kepada shafiqolbu.wordpress.com              
.
.
5.  Berdoa
Doa Solat Sunat Dhuha
                                                                                             Kredit kepada shafiqolbu.wordpress.com

   "Tidak ada seorang pun hamba Allah yang mukmin, apabila matahari mula terbit dan naik tinggi kira-kira setinggi lembing atau naik sedikit daripadanya, lalu berwuduk dan membaikkan wuduknya, kemudian dia melakukan solat sunat Dhuha sebanyak dua rakaat, dengan penuh keimanan dan keikhlasan, melainkan Allah pasti akan menuliskan baginya dua ratus kebajikan dan dihapuskan daripadanya dua ratus kejahatan."

(kitab Siyarul al-Salikin)

              
 Solat Dhuha perlu dijadikan ibadat rutin setiap pagi. Sekiranya dilakukan dengan konsisten InsyaAllah ganjaran yang hebat diberikan oleh Allah S.W.T. Ramai orang-orang hebat mengamalkan sunat Dhuha sebagai tanda syukur di atas nikmat rezeki yang Allah berikan.
         
               Tidak ada sebab untuk kita runsing tentang rezeki kerana Allah bagi kemudahan untuk hambaNya yang sentiasa mengingatiNya. Mulalah esok pagi. InsyaAllah




Artikel Berkaitan 




No comments: