Saturday, 20 September 2014

Harimau mengaum atau terkulai lesu di bumi Incheon

Assalam dan salam pertemuan,

           
Asian Games Incheon


                                                                                                                                 Pembukaan rasmi sukan Asia ke 17 Incheon semalam sememangnya menampakkan betapa bersedianya tuan rumah Korea untuk edisi kali ini. Temasya kali ini disertai oleh 45 buah negara termasuk negara kita Malaysia.
 28 jenis sukan akan dipertandingkan dalam temasya yang akan berlangsung selama lebih kurang 16 hari. Ini tak termasuk acara yang melalui pusingan kelayakan seperti bolasepak.
Harimau Muda A                                Oleh itu,acara sukan yang menjadi tumpuan hangat sekarang sememangnya bolasepak. Malaysia diundi didalam kumpulan A bersama juara bertahan Korea Selatan, Laos dan Arab Saudi. Setelah tewas sekali kepada tuan rumah dan menang 4-0 ke atas Laos, perlawanan menentang Arab Saudi adalah misi mesti menang kerana dua pasukan teratas kumpulan akan ke pusingan seterusnya. Kalau tak menang...bolehlah Harimau Muda A balik awal.
                                                                                                                                           


Jadual perlawanan harimau muda    Arab Saudi bukan pasukan yang mudah untuk ditundukkan. Tambahan mereka juga memerlukan keputusan yang sama. Corak permainan pantas dan fizikal yang sasa memberikan sedikit kelebihan kepada pasukan ini. Namun jika seri, Arab Saudi akan layak berdasarkan perbezaan jaringan. Aksi menentang Arab Saudi merupakan aksi penutup tirai Kumpulan A akan berlangsung esok.

    Sudah semestinya Datuk Ong Kim Swee mahu skuad negara terus fokus untuk membawa cabaran negara ke pusingan suku akhir dan seterusnya. Sama-samalah kita berikan sokongan kepada pasukan negara. Moga-moga kali ni ada berita baik yang boleh dibawa pulang ke Malaysia.
Datuk Ong Kim Swee

Majulah Bolasepak Malaysia!!!!


Klik sini untuk keputusan terkini acara bolasepak sukan Asia 2014











No comments: