Tuesday, 16 September 2014

Fakta tentang makan

Assalam,


              Pertemuan kali ini saya nak bercerita tentang makanan. Sebut saja pasal makan mesti perut terasa lapar kan? Makanan merupakan satu keperluan untuk memberikan tenaga untuk aktiviti kita seharian. Tanpanya, badan akan menjadi lemah dan kurang bermaya.              Saya nak kongsikan beberapa fakta menarik tentang makanan dari seluruh pelusuk dunia.
 

Italian TruffleMakanan paling mahal di dunia ialah Italian truffle yang berharga   RM654,048.00.   Cendawan bawah tanah yang paling mahal di dunia ini telah dibeli oleh orang yang tidak dikenali dari Hong Kong untuk $216,000. Tetapi ada pesaing yang boleh membida lebih tinggi daripada itu jika dijual kembali. Cendawan putih 1.5kg berasal dari geografi Itali yang dijangka akan dijual untuk 150,000 euros ($216,000) di lelongan amal yang dijadualkan di Macau.

Cindil BurgerMakanan paling menjijikkan di dunia ialah Burger ' Cindil ' dari China ialah anak tikus yang baru lahir dipercayai boleh menambah stamina dan membuatkan tubuh badan menjadi lebih sihat. Selain itu, cindil juga dikatakan mempunyai kandungan protein yang sangat tinggi.    Khabarnya, cindil juga boleh mengubati pelbagai macam penyakit, dan salah satunya adalah asma. 


Sambal Ulek                             Makanan paling pedas di dunia ialah Sambal Ulek dari Indonesia.Walaupun ia hanya sekadar menu sampingan untuk melazatkan dan membuka selera. 

Dan ternyata sambal ini 10 kali lebih pedas daripada Thai Bird’s Eye Chili.Menurut lidah orang barat, sambal ulek ini ultra pedas, dan satu-satunya cara untuk menahan rasa pedasnya, adalah makan makanan lain sebanyak mungkin...berasap telinga makan ni.

 

Makanan paling sedap di dunia ialah Massaman curry dari Thailand. 


Kari MassamanMassaman curry adalah hidangan kari khasThailand yang berasal dari kaum muslim diThailand. Konon hidangan ini berasal dari Thailand Tengah di pusat Ayutthaya yang pada abad ke 16 dibawa melalui utusan Persia dan pedagang-pedagang.


Namun ada juga informasi yang menyebutkan hidangan ini berasal dari Thailand Selatan dan dihubungkan dengan pedagang dari Arab. Pedagang membawa rempah-rempah seperti kunyit, kayu manis, pekak, jinten cengkeh, dan pala dari Indonesia ke pantai selatan Thailand



Surstromming
Surstromming
Makanan paling berbau di dunia sebenarnya tak dapat di pastikan sebab semuanya busuk. Antaranya Stinky Tofu dari China, Surstromming dari Sweden, Kimchi dari of coursela Korea ( peminat kimchi gerenti tak setuju), Keju Epoisses de Bourgogne (Raja keju) dan belacan...(klik untuk info lanjut).  



Cannibalistic Restaurant
Restoran paling  pelik  di dunia ialah Cannibalistic Restaurant( Japan ). 
                   “Nyotaimori” yang bermaksud 'female body plate' adalah salah satu nama restoran di Jepun yang menyajikan sushi dah sashimi di tubuh mayat wanita. Tubuh mayat ini dibuat dari makanan dan diletakkan di meja operasi seperti di bilik bedah. Pengunjung boleh memakan mana mana bahagian tubuh yang mereka mahu. Tubuh yang dipotong akan mengeluarkan darah, sama seperti potongan tubuh manusia yang sebenar.

                Sebenarnya makanan ni bergantung kepada citarasa kita yang makan. Walau apapun fakta mengenainya, makanan ini tetap mempunyai peminatnya yang tersendiri.  Tips dari mantan Perdana Menteri iaitu berhenti sebelum kenyang kalau tak jadi macam ular sawa...kan? Selamat menjamu selera.


No comments: