Tuesday, 23 September 2014

Bocor lagi??


Assalam dan salam pertemuan,



                   kiflibakeri  
             

                            Hangat juga isu soalan bocor membabitkan Ujian Penilaian Sekolah Rendah kali ini. isu bermula dengan kebocoran kertas Sains, kemudian Bahasa Inggeris dan kini subjek Bahasa Tamil dan Matematik pula. Saya yakin pasti ramai dari kalangan pelajar dan ibu bapa yang kecewa dengan perkara ini. Ada di kalangan pelajar mula trauma
dan ini sepatutnya tidak berlaku kepada pelajar yang baru sahaja diperkenalkan dengan sistem peperiksaan negara kita. Ibu bapa turut bimbang perkara ini mungkin akan meninggalkan kesan jangka panjang pada psikologi kanak-kanak.

                      Namun begitu, kebocoran soalan peperiksaan bukan perkara baru kerana acapkali melibatkan kertas Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang juga dibawah Lembaga Peperiksaan Malaysia. Malah isu ini telahpun bermula sejak bertahun lamanya. Bak kata blogger Ben Ashaari mungkin juga disebabkan kemudahan teknologi yang serba canggih  jenayah ini makin galak berlaku.
          
                 Kertas peperiksaan yang dikawalselia oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia sepatutnya tidak mudah bocor dan mempunyai pengawasan yang ketat. Jika ini berlaku, mestilah ada 'orang dalam' yang menjadi gunting dalam lipatan atau musuh dalam selimut.
musuh dalam selimut
                   Kementerian yang bertanggungjawab perlu mencari di mana letaknya lubang dan mesti ditutup segera agar perkara ini tidak terus memalukan sistem pengurusan peperiksaan kita. Sudah tentu ramai yang terlibat tapi kita belum pasti siapa dalangnya dan juga bukan masanya untuk menuding jari ke arah mana-mana pihak. Kini, orang sudah pun mula mempersoalkan kredibiliti LPM dan ini bukanlah perkara yang kita ingin dengar.

                   Mungkin juga pihak Kementerian dan jabatan perlu menggariskan peraturan-peraturan yang baru bagi mengemaskini sistem yang sedia ada. Sistem yang lebih 'keras' patut diimplementasi        iaitu dari proses penyediaan soalan, pencetakan dan pengedaran ke pusat peperiksaan. Sekarang ada bilik kebal tapi barangkali masih belum cukup kebal.
              
                   Kepada pelajar-pelajar yang akan menduduki semula kertas-kertas tersebut, saya nasihatkan jangan panik kerana sekiranya kita yakin dengan diri sendiri InsyaAllah kita akan dapat menjawab setiap soalan.


                  

No comments: