Monday, 29 September 2014

Awal Ashaari Merajuk?




Awal Ashaari


Pengacara yang baru sahaja bergelar bapa, Awal Ashaari menafikan desas-desus yang mengaitkan dirinya dengan gosip pengacara lelaki terasa hati selepas tidak terpilih mengacarakan musim terkini program realiti popular terbitan Astro, Akademi Fantasia 2014 hingga membawa diri ke luar negara.


Suami kepada Scha Al-Yahya itu berkongsi, dia yang baru sahaja selesai mengacarakan satu lagi program realiti 'The Band’ ada dihubungi oleh pihak produksi bertanyakan tentang jadual aktiviti dan bayaran. Begitupun perbincangan hanya sampai di tahap itu sahaja.

“Saya sudahpun dapat menjangka yang saya tidak akan terpilih untuk mengacarakan AF2014, lebih-lebih lagi selepas selesai mengacarakan program ‘The Band’ darpadai stesen televisyen yang sama. Saat produksi menghubungi saya, mereka berkongsi bahawa mereka sekadar bertanya untuk mendapatkan harga, justeru saya tidak meletakkan harapan yang tinggi,” jelas Awal.

Berkongsi rasa gembira melihat pasangan Faizal Ismail atau FBI dan Zizan Razak yang disifatkannya sebagai gandingan yang segar, Awal berkata secara berseloroh bahawa dia sekadar terasa hati bila ada yang berkata salah seorang peserta AF2014, Azwan Satar memiliki wajah seakan dirinya.

Bakal dapat bayaran 'The Band'
Menyentuh tentang kelewatan bayaran dari produksi ‘The Band’ selepas berbulan tugasannya selesai, Awal memanjatkan kesyukuran apabila isu tersebut akan selesai dalam masa terdekat apabila pihak terbabit akan melunaskan baki bayaran sebanyak 80% dalam masa terdekat ini.

Bagai tidak lekang dengan isu, tindakan Awal dan Scha bercuti ke Perth, Australia bersama cahaya mata mereka, Lara Alana juga dipersoalkan oleh peminat. Begitupun, Awal ada jawapan tersendiri.
Awal, Scha & Lara ketika bercuti di Australia baru-baru ini
“Percutian tersebut sebenarnya adalah percubaan kami membawa anak kecil ke  dalam pesawat. Kami punya perancangan untuk ke Amsterdam yang mana penerbangan ke sana akan memakan masa yang lebih lama, sekitar 10 ke 12 jam. Jadi sebelum itu, lebih baik kami cuba membawa Lara menaiki penerbangan singkat dahulu. Lagipun, perkara ini telah kami rujuk kepada doktor, jadi tiada isu dari segi kesihatan anak kami,” jelas Awal.

Kongsinya lagi, Lara yang kini berusia tiga bulan begitu gembira sepanjang tempoh percutian tersebut bila dapat bersiar-siar melihat permandangan luar, berbanding bila di Kuala Lumpur yang masanya banyak diluangkan di dalam rumah. “Cuma biasalah, bayi akan menangis masa menaiki pesawat,” katanya sebelum mengakhiri perbualan.

No comments: