Sunday, 21 September 2014

Annyeong-hi gyeseyo Incheon ( Selamat Tinggal Incheon)

Assalam dan salam pertemuan,




     
Kali ini Incheon pula merekodkan satu lagi edisi suram untuk bolasepak Malaysia apabila tewas kepada Arab Saudi
dengan keputusan 3-O. Lepas ini Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan kembali ke status merangka apa lagi pelan yang boleh dilakukan untuk menjana hasil yang lebih baik demi masa depan bolasepak tanahair.

       Walauapapun, ucapan tahniah patut diberikan kepada Datuk Ong Kim Swee dan
Ong Kim Swee
pasukannya kerana masih  menunjukkan mutu pemainan yang boleh dibanggakan. Arab Saudi sememangnya sudah diduga akan menguasai perlawanan tersebut selepas Malaysia terpaksa bermain 10 orang.
           
        Mungkin juga ada yang akan mengatakan tentang isu Muhammad Zubir Mohd Azmi yang dilayangkan kad merah sekaligus mengundang rasa tidak puas hati Ong Kim Swee atau penjaga gol utama Izham Tarmizi yang cedera menjadi punca kekalahan. Namun, perlu diingat isu seperti ini lumrah dalam sukan ini. Kita patut meneruskan sokongan waima apapun pengakhiran kepada setiap pertemuan pasukan negara.
   
        Jangan pula selepas ini ada yang membuat kesimpulan sembrono di segenap media sosial. Tidak menjadi kesalahan jika komentar yang positif dikongsi bersama untuk sama-sama membantu  bolasepak Malaysia.

Majulah Sukan Untuk Negara



Klik untuk mengikuti keputusan penuh perlawanan.


No comments: