Monday, 22 September 2014

Alahai...kalah la

Assalam dan salam pertemuan dari Incheon,




                           Cerita bolasepak semalam pun belum habis lagi, kali ini skuad badminton lelaki negara pula tewas kepada pasukan pilihan China. Sudah namanya pasukan pilihan mestilah menangkan? Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mungkin akan terus menggaru kepala memikirkan
apakah posyen terbaik untuk mengembalikan kegemilangan badminton negara.

                 


         Aksi separuh akhir tadi menyaksikan Datuk Lee Chong Wei tewas kepada Cheng Long 17-21, 21-9, 11-21. Manakala pasangan beregu Tan Boon Heong/ Hoon Tien How tewas kepada pasangan China Xu Chen/ Zhang Nan 21-14, 15-21, 10-21.

                 Dalam perlawanan ketiga pula, Chong Wei Feng tewas mudah kepada jaguh China Lin Dan 11-21, 12-21. Kali ini pasukan Malaysia terpaksa berpuashati dengan pingat gangsa.

                 Nampaknya seperti ada badi yang melekat pada pasukan negara apabila bertemu pasukan handalan seperti China. Apa taknya setiap kali bertemu memang sukar hendak menang. Barisan pelapis untuk Datuk Lee Chong Wei patut menyedari hakikat ini dan BAM pula mesti mencari corak latihan yang lebih berkesan untuk kem negara.

                 



                              Majulah Sukan Untuk Negara




No comments: