Wednesday, 17 September 2014

5 TELEFON PINTAR TERBAIK 2014


Assalam,

5 TELEFON PINTAR TERBAIK 2014

               Bila kita cerita pasal gajet telefon pintar @ smartphone, semua orang mesti nak memiliki salah satu alat paling diperlukan hari ini. Bermacam-macam jenama yang diperkatakan seperti Samsung Galaxy, Nokia lumia, Sony Xperia, LG, Iphone dan sebagainya. Smartphone ini boleh juga dikelaskan sebagai gajet mewah kerana harga yang mencecah ribuan ringgit.
                 Mari kita selidiki 5 smartphone terbaik 2014...

         

HTC One M8
HTC One M8
                 
             Versi yang terbaru ini dikatakan terdapat beberapa pembaharuan dari model terdahulu LG G2. Teknologi duo kamera dengan sensor UltraPixel yang menarik dan lebih laju. Dari segi rekabentuk, skrin 5.0" inci  tapi anda perlu memegang untuk merasai rekabentuknya yang menarik. Harga HTC One M8 di pasaran adalah sekitar rm2300 - 2500.  klik sini untuk spefikasi penuh



LG G3

LG G3
                        Satu lagi jenama Korea yang cuba bersaing dalam industri telefon pintar yang menggunakan platform Android. Mereka yang membelinya berpuashati dengan kamera 13MP dan juga rekabentuk polikarbonat kalis calar. Jangka hayat bateri juga tidak mengecewakan. Untuk spesifikasi penuh klik sini






SONY XPERIA Z2
SONY XPERIA Z2


                          Saya merupakan salah seorang peminat Sony so Sony memang antara pilihan saya. Kalau nak cakap tentang kamera, Xperia Z2 mempunyai kamera 20.7MP memang cukup puas hati bagi yang suka ambil gambar. Skrin 5.2 " inci dan teknologi BRAVIA. Satu lagi cirinya yang menarik ialah kalis air dan tahan debu. Kalau jatuh dalam air pun tak payahla risau kan?  Klik sini untuk spesifikasi penuh. 

Lazada Malaysia




ONEPLUS ONE

ONEPLUS ONE
                     Satu lagi telefon bersaiz skrin 5.5" inci keluaran  sebuah syarikat dari Hong Kong, China. Kebanyakan review dari peminat gajet dari seluruh dunia pada mulanya agak negatif memandangkan ia adalah produk dari negara tembok besar itu.. Setelah memilikinya, semuanya telah menukar fikiran mereka.  Ia juga didakwa sebagai smartphone paling ringan di dunia dengan berat 162gram. Harga yang cukup kompetitif boleh saja menggugat gajet-gajet lain yang sudah menempa nama. Smartphone ini dikeluarkan dalam dua pilihan 16gb dan 64gb. Harga antara rm900-1600. Teringin juga nak memiliki satu. Klik untuk spesifikasi penuh.


SAMSUNG GALAXY 5
SAMSUNG GALAXY S5
                     Rasanya janggal untuk bercerita tentang telefon pintar tanpa jenama cukup gah ini. Satu perkataan yang boleh menggambarkan model terbaru ini iaitu EVOLUSI. Ada pengimbas cap jari, kalis air dan debu. Skrin 5.1" inci dan kamera 16MP. Harga RM2300++. Lihat spesifikasinya di sini.
                      Entri ini merupakan pandangan peribadi saya setelah merujuk kepada beberapa sahabat yang menggunakan gajet ini. Mungkin bagi anda yang ingin memiliki smartphone boleh memilih mengikut kemampuan atau minat tersendiri. Bagi saya, semuanya berbaloi untuk dimiliki jika kita bijak menggunakannya.
                   

No comments: